Wednesday, January 28, 2015

TAZKIRAH MAGHRIB OLEH CIKGU SEH ZAINUDDIN

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti biasa Surau Asrama SMA Rompin meneruskan program tarbiyahnya kepada para penghuni Asrama bagi memastikan waktu terluang diisi dengan sebaiknya.

Semalam (27 januari 2015) Cikgu Seh Zainuddin sempat berkongsi ilmu dengan para pelajar. Beliau menceritakan perihal menjaga hati, kematian yang pasti serta banyak lagi ilmu yang bermanfaat buat pelajar. Syukran jazilan diucapkan kepada Cikgu Seh kerana sudi berkongsi ilmu dengan pelajar. 

Wallahu a'lam.


Tuesday, January 27, 2015

CERAMAH UST KHAIRUL NIZAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Ceramah Ust Khairul Nizam di Surau SMAR, maghrib 27 Januari 2015.

Antara isi ceramah beliau :

  * Cinta Rasulullah - jika kita cintakan Rasulullah hendaklah kita mengamalkan sunnah beliau serta meninggalkan pekara-pekara yang tidak berfaedah.

  * Kehinaan bagi orang yang tidak solat - kisah yang berlaku di zaman Nabi Musa A.S dimana ada sepasang suami isteri yang hidup bersama tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata, berbagai cara telah dilakukan namun tidak berjaya. Lalu si suami bernazar jika mereka dikurniakan anak beliau akan minum air kencing dari seekor anjung hitam. Ditakdirkan Allah, isterinya Mengandung maka si suami mula resah, lalu beliau pergi Bertemu dengan Nabi Musa menceritakan perihal nazarnya. Dengan kebijaksanaan Nabi Musa A.S beliau mencadangkan si suami tersebut minum dari air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam, iaitulah air hujan yang singgah jatuh di atas bumbung seorang yang tidak bersolat. Maka begitulah digambarkan kehinaan bagi orang yang tidak solat sehinggakan air yang mengenai rumahnya pun lebih hina dari air kencing anjing hitam.

  Wallahu a'lam



Monday, January 26, 2015

PRA USRAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Pra usrah sebelum bermulanya usrah sebenar telah diadakan  pada 26/1/15 selepas maghrib di Surau SMAR. Turut hadir pada malam tersebut Pengetua SMAR.

Jom kita lihat suasanaya :-)


Tuesday, January 20, 2015

PERLANTIKAN AJK ASRAMA 2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Majlis perlantikan AJK Asrama ASPURA dan ASPURI telah diadakan pada tarikh 20 Januari 2015. Seramai sembilan orang pelajar lelaki dan 18 orang perempuan terdiri dari pelajar tingkatan empat dan lima telah dilantik secara rasminya sebagai AJK Asrama bagi sesi 2015.

Majlis yang diadakan di Dewan Mahkota tersebut di hadiri seramai kira-kira 300 orang penghuni asrama dan 10 orang warden termasuk Pengetua. Majlis perlantikan ini diadakan bagi memberi penghormatan kepada pelajar yang terpilih sebagai AJK asrama agar lebih gigih bekerja disamping menjalankan tanggungjawab harian sebagai seorang pelajar.

Di sini dihidangkan beberapa keping foto sekitar majlis tersebut.




(Senarai AJK boleh di lihat di sini)

SELAMAT DATANG 2015

بسم الله الرحمن الرحيم

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar Asrama bagi tahun 2015. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar kerana berjaya layak menduduki asrama bagi sesi 2015 ini.

Diharapkan semua pelajar dapat meningkatkan prestasi di dalam apa jua bidang  terutamanya pelajaran kerana itulah yang akan menjadi bekalan terbaik anda dimasa akan datang. Belajarlah berdikari, kerana asrama merupakan tempat terbaik anda melatih diri berjauhan dari ibu bapa.

Kami warga pendidik SMAR khususnya Warden akan sentiasa berusaha memberi tunjuk ajar serta serta didikan yang sempurna untuk anda supaya menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia.

wallahua'lam..